Thursday, 15 November 2012
Wednesday, 14 November 2012
TEKNIK MEMAIN ℝEKODER
Lima Teknik tersebut ialah :
♪ Postur
♪ Embouchure
♪ Penglidahan
♪ Pernafasan
♪ Penjarian
Semua teknik di atas sangat membantu dalam menghasilkan peniupan kualiti ton yang baik.
TEKNIK ♪Postur
Berdiri selesa, ragangkan sedikit tangan |
Condong 45° |
TEKNIK ♪ Embouchure
Embouchure ialah penggunaan otot muka dan pembentukan bibir yang mengikut bentuk pipit ( mouthpiece). Masukkan bahagian pemipit di antara bibir. Setelah itu bibir dirapatkan dan jangan gigit rekoder. Bibir juga jangan ditegangkan dan pastikan bibir dalam keadaan selesa.
TEKNIK ♪ Penglidahan
Penglidahan penting untuk penghasilan not rendah dan not tinggi. Pergerakan lidah membatu pengeluaran udara dengan kadar yang sesuai dengan kualiti ton. Untuk ton tengah, bunyikan" du" dengan lidah. Manakala not rendah menggunakan bunyi " lu". Bagi not tinggi, bunyikan " tu " semasa meniup. Bunyi "du-ku" digunakan semasa "double tongueing". Semasa memainkan not kaitan, hanya pada not pertama berlaku penglidahan. Bagi permainan secara " staccato", bunyikan "tut" untuk penghasilan not pendek.
TEKNIK ♪ Pernafasan
Untuk meniup not rendah, tekanan udara dari ruang diafragma dilepaskan perlahan-lahan serta terkawal. Tekanan udara yang lebih serta dilepaskan secara laju adalah untuk meniup not tinggi. Bagi satu frasa, hanya satu pernafasan yang digunakan.
TEKNIK ♪ Penjarian
Bagi tangan kiri, ibu jari bernombor 0 menutup lubang rekoder di bahagian belakang rekoder. Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama. Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua. Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.
Untuk tangan kanan, jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat. Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima. Lubang rekoder keenam ditutup dengan kari manis yang bernombor 6. Lubang rekoder ketuju ditutup dengan jari bernombor 7 iaitu jari kelingking.
₱ENGENALAN ℝEKODER
Rekoder memrupakan alat muzik melodis yang sumber bunyinya berasal dari tekanan udara ( Aerophone) dan dimainkan dengan cara ditiup.
Rekoder atau seruling umum digunakan untuk pengajaran di sekolah.Rekoder yang sering dipakai adalah Rekoder Soprano, Rekoder Alto, Rekoder Tenor dan Rekoder Bass.
Subscribe to:
Posts (Atom)